Follow Dashboard

TITLE; . . . Adab-Adab Berdoa . . .
Wednesday, 5 December 2012 | 01:15 | 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum W.B.T.
Hye there . oke . bertemu lagi kita utk entry ku yang terbaru . seperti yang telah aku janjikan dalam entry ku sebelum ini , kali ini aku akan berbicara tentang adab-adab berdoa .
So , let us check it out ! ! !
*       Memulakan doa dengan membaca basmalah (bismillahirrahmanirrahim) , memuji Allah SWT & berselawat ke atas Nabi SAW .   
*       Menutup doa dengan memuji Allah SWT , selawat ke atas Nabi SAW , ahli keluarga baginda & para sahabat .  
*       Beristighfar , memohon keampunan atas segala dosa yang dilakukan sama ada yang disedari ataupun tidak , sengaja ataupun tidak sengaja . memohon ampun dengan taubat yang sebenar-benarnya akan menyucikan jiwa & menghapuskan dosa 
*       Memilih masa dan keadaan yang sesuai seperti 1/3 malam , selepas solat , malam Lailatul Qadar , selepas solat fardhu , ketika hujan turun , semasa keadaan mendesak umpamanya dalam keadaan darurat & peperangan jihad di jalan Allah,semasa sujud , ketika sedang berpuasa , hari Arafah , 9 Zulhijjah , hari Jumaat , pada bulan Ramadhan dan sebagainya .  
*       Ketika berada di tempat yang mustajab doa seperti Hajarul Aswad & pintu Kaabah(Multazam) , semasa berada di Masy’aril Haram , antara Safa & Marwah & sebagainya .  
*       Menghadap kiblat .  
*       Berdoa dengan mengangkat kedua belah tangan .  
*       Berdoa dengan suara yang perlahan .  
*       Khusyuk iaitu menumpukan sepenuh perhatian pada doa yang dipanjatkan .  
*       Tawaduk iaitu merendah diri & penuh pengharapan supaya doa dimakbulkan .  
*       Bersangka baik yang doa akan diterima Allah .  
*       Berdoa perkara yang membawa kebaikan .  
*       Berdoa dengan penuh keikhlasan & bersungguh-sungguh .  
*       Berdoa berulang kali tanpa jemu .  
*       Menjaga amal ibadat serta menjauhi perkara maksiat .  
*       Menghindari makanan haram mahupun yang syubhat .
so korang , let us practice these "adab-adab berdoa" in our daily life .
semoga doa kita diterima Allah , In-Sya-Allah .

P/S : jaga diri . jaga hati . jaga iman . In-sya-Allah , terpelihara :)

A Caliph of Allah
 NiniaNikita




Old things | New things