TITLE; . . . Du'a ? Connect us to Him . . .
Tuesday, 4 December 2012 | 21:53 | 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum W.B.T.
hye hye korang ! utk
post kali ini , aku nak berbicara soal doa . ya ya ya . doa , penghubung antara
kita , khalifah Allah di muka bumi ini dgn Dia , our Great Creator , Allah SWT .
Secara umum , kejyaan
diperoleh kerana ikhtiar dan usaha yang dilakukan . Semakin banyak usaha , maka
semakin besar kejayaan dicapai . Umpama perniagaan , semakin besar modal
dilaburkan , maka hasil keuntungannya juga bertambah .
Demikian juga pelajar
yang mengharapkan kejayaan cemerlang dalam pelajaran , maka usaha berganda
merangkumi pengorbanan jiwa , penat lelah , harta benda , masa dan segalanya
perlu dilaburkan bagi menggapai impian yang menggunung . Oleh itu , usaha
adalah antara faktor penentu kejayaan ataupun kegagalan seseorang .
Sebagai umat Islam
yang beriman kepada Allah SWT , kita meyakini hasil usaha yang dilakukan masih
bergantung kepada keizinan-Nya . Allah SWT menggalakkan hamba-Nya berusaha dan
berdoa . Firman-Nya :
" Dan Tuhanmu berkata : berdoalah kepada-Ku,pasti Aku akan perkenankan doamu . " ( Surah Al-Mukmin ayat 60 )
Setiap daripada kita mempunyai kehendak yang
perlu ditunaikan sama ada berbentuk penyelesaian masalah ataupun keperluan
memperbaiki mutu kehidupan . Oleh itu , Muslim , khususnya pelajar yang memburu
kejayaan , perlu berdoa kepada-Nya bagi memenuhi keperluan dan keinginan yang
kita harapkan . Doa juga menjadi ibadah seperti sabda Nabi SAW:
" Doa adalah ibadah . " ( dilaporkan oleh Abu Daud )
Doa yang ingin dipanjatkan kepada Allah SWT bukan
sahaja semasa dirundung malang ataupun susah , sebaliknya kita disuruh berdoa
ketika senang . Perkara ini dijelaskan oleh Nabi SAW :
" Sesiapa yang ingin dimakbulkan doanya oleh Allah ketika berduka , maka perbanyakkanlah berdoa sewaktu senang . " ( dilaporkan oleh Abu Daud )
Bagi setiap pelajar
Muslim , keperluan doa bukan sahaja bagi kejayaan dalam bidang pelajaran
semata-mata , malah dalam skop yang lebih luas . Sebagai penganut Islam , hidup
kita perlu dihiasi dengan doa yang melatari segala sudut kehidupan .
Begitulah beruntungnya
menjadi umat Islam kerana terdapat pelbagai doa mencakupi setiap
urusan kehidupan harian . Islam menyajikan pelbagai doa yang diajar melalui
Al-Quran , ajaran dan amalan Nabi Muhammad SAW serta doa para Nabi terdahulu
yang diabadikan dalam kitab Allah .
oke lah . cukup dulu
post aku untuk kali ini . berjumpa lagi dalam post yang seterusnya . Mungkin
akan aku senaraikan adab-adab berdoa dalam entry yang akan datang . Semoga
ketemu lagi di lain entry .
P/S : jaga diri . jaga
hati . jaga iman . In-sya-Allah , terpelihara :)
A Caliph of Allah
NiniaNikita


Im not beauty queen. Im just Beautiful Me.
Site
.jpg)


