Follow Dashboard

TITLE; [ Saat Kelahiran Dajjal ]
Friday, 7 December 2012 | 23:16 | 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum W.B.T.

hye korang!utk post kali ini,aku akan ceritakan tentang something yg lebih serius and for me,sgt sgt sgt menarik dan penting utk kita semua ambil tahu,ambil cakna dan bersedia dgn sebarang kemungkinan.oke.for this entry,it is all about DAJJAL,salah satu daripada tanda-tanda kiamat yang paling besar dan jelas.

-ASAL USUL KELUARGANYA-

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi.Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya,"Minal Munzharin",
seperti halnya Nabi Isa AS yang diangkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan dikuburkan di Madinah al-Munawwarah.
Ayahnya seorang yang tinggi dan gemuk.Hidungnya seperti paruh burung.Sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya.
Menurut Imam Al-Barzanji,ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang dikenali dengan nama "Syaq",manakala ibunya adalah dari bangsa Jin.
Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman AS dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus.Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.Walau bagaimanapun,kelahiran dan kehidupan masa kecilnya tidak diketahui dengan jelas.

-SIFAT BADANNYA-

Hadis Huzaifah RA katanya,Rasulullah SAW telah bersabda:
"Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri,lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka.Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka."
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah SAW,diantaranya:

1. Seorang yang kelihatanya masih muda.
2. Berbadan besar dan agak kemerah-merahan.
3. Rambutnya kerinting dan tebal.
4. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.
5. Dan tandanya yang paling ketara sekali ialah:
Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut,manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang.
Kedua-dua matanya adalah cacat.Tertulis di dahinya tulisan "KAFIR (KAF-FA-RA)".Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam,sama ada ia pandai membaca atau tidak.
Mengikut hadis riwayat At-Thabrani:
kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan.Adapun sebelum itu,kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.

-TEMPAT TINGGALNYA SEKARANG-

Menurut riwayat "Shahih Muslim":
Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama.Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al-Jassasah".
Daripada hadis ini,jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur,bukan di Barat.

-BERAPA LAMA IA AKAN HIDUP SETELAH KEMUNCULANNYA?-

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini,selam 40 hari sahaja.Namun begitu,hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan 1 minggu dan hari-hari baki sama seperti hari biasa.
Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.
Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:Kami bertanya,
"Wahai Rasulullah!Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini?" 
Nabi SAW menjawab:
"Ia akan tinggal selama 40 hari."
"Hari pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu.Kemudia hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa."
Lalu kami bertanya lagi,
"Wahai Rasulullah SAW!Di hari yang panjang seperti setahun itu,apakah cukup bagi kami hanya sembah yang sehari sahaja? (iaitu 5 waktu sahaja)"
Nabi Muhammad SAW menjawab:
"Tidak cukup,kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang."
Maksud Sabda Rasulullah SAW:ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu.Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan.
Misalnya sudah berlalu 7 jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu,maka masuklah waktu sembahyang Zohor,maka hendaklah kita sembahyang Zohor,dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu 3 jam setengah misalnya,maka masuklah waktu Asar,maka wajib kita sembahyang Asar dan begitulah seterusnya waktu sembahyang Maghrib,Isyak dan Subuh.
Sehingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa 1 tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan.Begitu juga pada hari Kedua dan Ketiga.

-FITNAH DAJJAL-

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini.Oleh kerana itu,Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa.Diantara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya.Benda-benda beku akan mematuhinya.Sebelum kedatangan Dajjal,dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut.
Pada tahun pertama,hujan akan kurang 1/3 dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun tahun ketiga,hujan tidak akan turun langsung.Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan.Di saat itu,Dajjal akan muncul membawa ujian.
Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan,ia akan berkata pada awan:"Hujanlah kamu di daerah ini!" Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur.
Begitu juga ekonomi,perdagangan akan menjadi makmur dan stabi pada orang yang bersekutu dengan Dajjal.Manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal,mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan meiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berda dalam kelaparan dan kebuluran.Dalam hal ini,para sahabat Rasulullah SAW bertanya,
"Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?" 
Nabi SAW menjawab:
"Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,bertakbir,bertasbih dan bertaubat.Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan."

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:
Dianatara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama Syurga dan Neraka dan juga sungai air dan sungai api.Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman umat Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan.Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:
Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu.Kalau hari ini,maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam 1 jam.
Kami bertanya,
"Wahai Rasulullah!Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini?"
Nabi menjawab,
"Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al-Ghaist"  (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." 
-HR Muslim
Namun demikian,Dajjal tetap tidak dapat memasuki 2 Bandar suci umat Islam iaitu:
i. Makkah Al-Mukarramah
ii. Madinah Al-Munawwarah

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:
Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal.Bagi Syaitan,inilah masa yang ternbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam AS.

Wallahualam.
sudah bersediakan kita sebagai umat Islam untuk menghadapi Dajjal?Sedar atau tidak,kita semakin hampir dengan Akhir Zaman.


Akhir kalam,ayuhlah cucu-cucu Adam AS,umat Nabi Muhammad SAW,kita bangkit demi Islam tercinta.Bersedialah dengan kemunculan Dajjal.Ayuh!Persiapkan diri kita.
Semoga kita sentiasa dalam lindungan-Nya,In-sya-Allah :)


P/S : jaga diri . jaga hati . jaga iman . In-sya-Allah , terpelihara :)

A Caliph of Allah
 NiniaNikita





Old things | New things